Thursday 21 November 2013

Penipuan Demi Penipuan, Rakyat Kena Hati-hati Butiran Mulut Pembangkang

KUALA LUMPUR, 22 Nov. – Rakyat diminta untuk tidak mudah mempercayai setiap kata-kata yang keluar dari mulut anggota pakatan pembangkang termasuklah ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin.

Ini berikutan isu terbaru yang membabitkan penafian Anwar berkaitan dakwaan menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya mengakui hanya menyentuh tentang membawa pengundi dari luar pada hari mengundi awal dan kemudian beliau menuding jari kepada penulis pro-UMNO kononnya memanipulasi kenyataan terbabit.
zahida-zarik-khan-naib-mas-ermieyati-ketua-puteri-mesyuarat-kempen-jentera-prk-sungai-limau
“Saya berharap agar kita semua jangan mudah percaya dengan apa jua pernyataan yang keluar dari mulutnya. Ini kerana pakatan pembangkang suka mensensasikan perkara yang tidak benar,” katanya kepada UMNO-online.

Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, tindakan sedemikian amat bahaya kerana boleh menggugat keharmonian dan keselamatan negara.
“Saya harap agar rakyat Malaysia tidak mudah terpedaya dan percaya bulat-bulat dengan apa yang mereka dengar dan baca kerana sebaiknya kaji dan timbang dengan baik setiap apa yang dinyatakan oleh pemimpin pakatan pembangkang.

Terdahulu, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

Sebelum ini, kerajaan sering dipalitkan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang namun apabila tuduhan terbabit terpalit kepada mereka sendiri maka pemimpin pembangkang menyalahkan BN/UMNO atas kesalahan yang mereka lakukan.
Antaranya adalah tindakan beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Hal ini telah dinafikan oleh mereka dengan menuding jari kepada UMNO mengatakan bahawa dakwaan tersebut adalah serangan peribadi dan propaganda yang sengaja dimainkan sedangkan sikap negatif pemimpin pembangkang ini telah didedahkan oleh pegawai perubatan Dr. Rahman Kadir yang kebetulannya berada di barisan dif-dif kehormat dan duduk di Balairong Seri dengan mendakwa melihat sendiri perilaku mereka ini.

Dalam insiden lain, ketua pembangkang juga turut menuduh UMNO/BN yang kononnya melakukan manipulasi apabila kenyataannya berkaitan sokongannya terhadap Israel di dalam Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu walhal bagaimana mungkin BN mengawal WSJ.

Begitu juga dengan kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan selama lebih 23 tahun sebagai pentadbir tetapi tidak upaya membawa pembangunan dan kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merealitikan rumah kos rendah yang kemudiannya kerajaan pusat BN dipersalahkan.

Dilaporkan, Kerajaan negeri Kelantan menerima bantuan berjumlah RM5.3 bilion daripada kerajaan persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010 malah bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera Pulau Pinang pula, Kerajaan Pusat turut memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi melaksanakan pelbagai program pada tahun 2012 yang membabitkan kegunaan bagi membiayai program dalam aspek perumahan, keusahawanan dan modal insan.
Lebih teruk apabila 4 Mac lalu, Naib Presiden PKR Tian Chua telah mengeluarkan kenyataan bahawa pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah dan serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat menjelang pilihan raya. - MediaUMNO