Friday, 22 November 2013
Thursday, 21 November 2013
Penipuan Demi Penipuan, Rakyat Kena Hati-hati Butiran Mulut Pembangkang
Oleh : Ropikah Ahmad
KUALA LUMPUR, 22 Nov. – Rakyat diminta untuk tidak mudah mempercayai
setiap kata-kata yang keluar dari mulut anggota pakatan pembangkang
termasuklah ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Pergerakan
Puteri UMNO Malaysia, Mas Ermieyati Samsudin.
Ini berikutan isu terbaru yang membabitkan penafian Anwar berkaitan
dakwaan menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh
tersebut sebaliknya mengakui hanya menyentuh tentang membawa pengundi
dari luar pada hari mengundi awal dan kemudian beliau menuding jari
kepada penulis pro-UMNO kononnya memanipulasi kenyataan terbabit.
“Saya berharap agar kita semua jangan mudah percaya dengan apa jua
pernyataan yang keluar dari mulutnya. Ini kerana pakatan pembangkang
suka mensensasikan perkara yang tidak benar,” katanya kepada
UMNO-online.
Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, tindakan
sedemikian amat bahaya kerana boleh menggugat keharmonian dan
keselamatan negara.
“Saya harap agar rakyat Malaysia tidak mudah terpedaya dan percaya
bulat-bulat dengan apa yang mereka dengar dan baca kerana sebaiknya kaji
dan timbang dengan baik setiap apa yang dinyatakan oleh pemimpin
pakatan pembangkang.
Terdahulu, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dalam pertemuan
dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia
dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara
itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.
Sebelum ini, kerajaan sering dipalitkan dengan pelbagai tuduhan yang
dilemparkan oleh pakatan pembangkang namun apabila tuduhan terbabit
terpalit kepada mereka sendiri maka pemimpin pembangkang menyalahkan
BN/UMNO atas kesalahan yang mereka lakukan.
Antaranya adalah tindakan beberapa pemimpin pembangkang mempersenda
dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang
di-Pertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Hal ini telah dinafikan oleh mereka dengan menuding jari kepada UMNO
mengatakan bahawa dakwaan tersebut adalah serangan peribadi dan
propaganda yang sengaja dimainkan sedangkan sikap negatif pemimpin
pembangkang ini telah didedahkan oleh pegawai perubatan Dr. Rahman Kadir
yang kebetulannya berada di barisan dif-dif kehormat dan duduk di
Balairong Seri dengan mendakwa melihat sendiri perilaku mereka ini.
Dalam insiden lain, ketua pembangkang juga turut menuduh UMNO/BN yang
kononnya melakukan manipulasi apabila kenyataannya berkaitan
sokongannya terhadap Israel di dalam Wall Street Journal (WSJ) menjadi
isu walhal bagaimana mungkin BN mengawal WSJ.
Begitu juga dengan kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan selama lebih 23
tahun sebagai pentadbir tetapi tidak upaya membawa pembangunan dan
kegagalan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merealitikan rumah kos rendah
yang kemudiannya kerajaan pusat BN dipersalahkan.
Dilaporkan, Kerajaan negeri Kelantan menerima bantuan berjumlah RM5.3
bilion daripada kerajaan persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak
Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010 malah bagi
memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera Pulau Pinang pula, Kerajaan
Pusat turut memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi melaksanakan
pelbagai program pada tahun 2012 yang membabitkan kegunaan bagi
membiayai program dalam aspek perumahan, keusahawanan dan modal insan.
Lebih teruk apabila 4 Mac lalu, Naib Presiden PKR Tian Chua telah
mengeluarkan kenyataan bahawa pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara
kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak
aman di Sabah dan serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai
konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan
menakut-nakutkan rakyat menjelang pilihan raya. - MediaUMNO
Subscribe to:
Posts (Atom)