Friday 3 January 2014

BR1M 3.0

Seperti yang diketahui umum, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”
Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun ini juga  lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan

Borang permohonan br1m 3.0 2014 borang permohonan br1m 3 0 pendaftaran pemohon baru 2014
Permohonan dan Pendaftaran BR1M 3.0
Jadi pada tahun ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 turut diperluaskan dan dinaikkan nilainya
Berikut adalah informasi mengenai syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan
Isi Rumah Syarat
Bantuan RM650
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Isi Rumah Syarat
Bantuan RM450
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)
Selain itu, caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal
Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda Syarat
Bantuan RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Menurut maklumat awal, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali ketiga. Mereka telah layak secara automatik
Selain itu, Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan
Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
  • Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)
Untuk tahun sebelumnya pendaftaran BR1M turut boleh dibuat secara dalam talian (online)
Sebagai makluman, setakat ini pendaftaran mahupun borang permohonan belum dibuka mahupun dikeluarkan, orang ramai diminta bersabar
Artikel ini adalah tentang penyebaran maklumat awal sahaja, penulis akan mengemaskini ruangan ini lagi dan akan memaklumkan info selanjutnya sekiranya pihak yang terlibat telah mengumumkan tarikh permohonan BR1M 3.0 dibuka